Aku kenal dia melalui kawan aku yang boleh tahan rapat dengan dia dulu.Kitorang mula berkawan dari sekolah rendah lagi sampai lh sekarang sehingga lh pada satu hari aku ambil keputusan untuk jadikan dia BFF aku.Secara jujur,dia lh BFF yang paling hebat pernah aku kenal.Walaupun dia selalu buat aku risaukan dia dan marah kat dia,dia tetap BFF paling aweazing.Tak best lh kalau BFF takde gaduh-2 kannnn?Perasan tak aku eja aweazing tadi?Takde niat pun nak menggedik pakai ayat yang ejaannya macam budak gedik tapi sebenarnya ada maksud di sebalik perkataan tu.Dia yang wujudkan perkataan tu selepas dia kenal diri aku yang sebenar.Ye,aku sangat terharu sebab tak sangka perangai gila-2 aku ni akan dapat anugerah 'AWEAZING BFF' daripada dia.
Aku ngan dia dah takde apa-2 hubungan lagi.Aku mengaku ni semua salah aku sebab aku yg ambil keputusan untuk putuskan hubungan ni.Aku putuskan hubungan baik kitorang ni bukan sebab dia makin berubah,mungkin sebab aku dah putus asa cuba pujuk dia untuk rawat diri dia yang sedang sakit walaupun dia cakap dia sihat.Dia membuatkan aku rasa cam aku ni bukan BFF dia.Aku tak suka kalau aku dah nasihat banyak kali tapi tak nak dengar sebab aku rasa macam orang tu tak sayang aku dan nak tinggalkan aku secepat mungkin.Aku tahu ajal maut di tangan Allah tapi sekurang-kurangnya rawat lh kesakitan tu selagi mampu.Ubat memang takkan bantu kita di saat kematian tapi sebelum sampainya saat tu,ubat jadi salah satu faktor yang meringankan rasa sakit dalam badan kita.Kan?
Beberapa hari yang lalu,kitorang tak berhubung.Dia berhubung ngan kawan aku ng lain,aku biarkan jela tapi bila aku tegur dia semalam nak tanya khabar dia sambil-2 nak bergurau senda sikit ngan dia,aku rasa macam aku tak kenal dia pula.Itu lh yg membuatkan aku nak putuskan hubungan kitorang.Dia suka berfikiran negatif,dia kata dia nak berubah jadi lebih baik,aku tak kisah tapi kalau boleh aku harap dia akan ubah fikiran dia ke arah positif juga.
Aku baca blog dia tadi.Tak sangka dia belikan aku friendship bracelet warna purple.Tipu lh kan kalau aku cakap aku takkan ingat dia sampai aku mati.Aku tak berapa pandai menilai puisi seseorang tapi pada aku puisi yang dia buat untuk aku tu bermakna bagi aku.Siapa DIA ni?
Dia ialah Muhammad Asrul Shah bin Asman Shah.Kau masih kawan aku walaupun kau nak jauhkan diri daripada aku.Terima kasih untuk semuanya kawan. :')
Kalau ada masa baca lh blog dia.Dua link kat bawah ni berkaitan aku:




No comments:
Post a Comment
# Assalamualaikum,sila tinggalkan komen jika mahu,
# InsyaAllah saya akan menjawab komen anda semua. :)
# Kalau like post yang telah anda baca,tekan lh 'LIKE':D
Terima kasih sebab sudi komen :)